KUALA LUMPUR, 15 April — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berucap pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini. Sebanyak 70 negara termasuk tujuh negara yang menyertainya buat pertama kali iaitu Azerbaijan, Montenegro, Kenya, Ivory Coast, Sweden, Norway dan Austria yang berlangsung selama enam hari. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDANASIONAL

Kerajaan diseru laksana semula bajet responsif gender

SHAH ALAM, 30 SEPT: Kerajaan dicadangkan memperkenalkan semula penilaian perbelanjaan menerusi bajet responsif gender bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat, kata ahli parlimen Kuantan.

Fuziah Salleh berkata inisiatif itu diperkenal pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dirangka dengan bantuan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) namun seolah-olah tidak dilaksana lagi menyebabkan negara ketinggalan antaranya dalam aspek kesaksamaan gender.

Menurut wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu kaedah berkenaan harus digunakan bagi menilai keberkesanan program seperti bakul makanan yang diberikan kepada golongan terjejas susulan Covid-19.

“Kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) membabitkan 500 keluarga di 16 rumah kos rendah didapati ketua isi rumah wanita lebih miskin berbanding lelaki malah orang kelainan upaya (OKU).

“Kalau tiada cara menilai bagaimana hendak dipastikan ketua isi rumah wanita ini dapat akses sama, sebab itu bajet responsif gender penting bagi memastikan belanjawan itu memberi kesan kerana keperluan setiap kelompok berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Fuziah yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut mencadangkan kerajaan membawa rang undang-undang wakaf bagi memperkasakannya dalam RMK12 untuk membantu golongan susah.

“Kita harus mencari cara bagaimana wakaf dan zakat boleh diguna orang miskin untuk mendapat akses pendidikan, kesihatan dan persekitaran baik,” katanya.


Pengarang :