Hajmi Ibrahim dan anaknya Hafiz Syahmi, 16, melihat barangan keperluan asas yang disumbangkan MBI ketika ditemui di rumahnya di Sijangkang, Kuala Langat pada 14 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Gmie Screen terharu terima bantuan, bergantung hidup duit simpanan

KUALA LANGAT, 15 OKT: Vokalis kumpulan Screen, Gmie berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI atas kesudian menghulurkan bantuan.

Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim, 52, yang menghidap penyakit nefrotik sindrom sejak tahun lalu menyifatkan bantuan diterima itu mengeratkan hubungan satu sama lain.

Hajmi Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gmie

“Alhamdulillah, keprihatinan dalam membantu semakin tinggi dan saya bersyukur ada sudi tampil. Ramai hadir membantu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) setelah tahu saya sakit.

“Kini karier nyanyian terhenti dan bergantung kepada wang simpanan sepanjang saya bekerja lebih 30 tahun serta anak-anak,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Terdahulu MBI diketuai Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ahmad Azri Zainal Nor tampil menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 dan bakul makanan kepada Gmie di kediamannya di Sijangkang di sini..

Menceritakan lanjut, Gmie yang pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza berkata beliau hanya mengetahui menghidap penyakit itu ketika berasa lemah pada kaki.

“Ketika itu, kaki lemah dan tidak boleh bergerak, apabila bergerak dan hendak naik tangga susah serta berat.

“Saya pergi ke hospital dan terus ditahan di wad. Ini adalah ujian diberikan Allah dan saya reda serta menerima seadanya selain sedang mendapatkan pelbagai rawatan,” katanya.


Pengarang :