Selangorkini
Jamaliah Jamaluddin ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di gelanggang bola keranjang, Kampung Chempaka, Petaling Jaya pada 25 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Belanjawan 2022 diharap bantu ramai anak muda dapat kerja setaraf kelayakan

PETALING JAYA, 5 NOV: Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan syarikat korporat dalam memastikan lebih ramai anak muda memperoleh pekerjaan menerusi Belanjawan Selangor 2022.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata kerjasama dengan pihak berkaitan perlu bagi memastikan golongan itu mendapat kerja setaraf tahap pendidikan mereka.

“Ramai anak muda di negeri ini lepasan diploma, ijazah mahupun sarjana tetapi tidak berpeluang mendapat kerja setaraf dengan kelulusan dimiliki.

“Oleh itu, saya amat berharap Kerajaan Negeri menyediakan lebih banyak dana untuk bekerjasama dengan syarikat korporat bagi membantu anak muda mendapat peluang tersebut,” katanya.

Pada 8 Oktober, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semua ADN termasuk pembangkang dan bebas terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022 yang diadakan secara berasingan dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

Pembentangan pada 26 November itu akan dibahas dalam tempoh seminggu sebelum diluluskan pada Disember.

Amirudin berkata antara aspek ditekankan adalah Program Inisiatif Peduli Rakyat yang diperluas kepada kelompok terkesan pandemik Covid-19.


Pengarang :