AGENDANASIONAL

LRA Labohan Dagang dinaik taraf tingkat margin bekalan air

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu adalah bagi kerja penggantian paip utama sepanjang 6,000 kilometer.

“Sehingga kini, Air Selangor berjaya menurunkan kadar NRW (air tidak berhasil) daripada 33.2 peratus pada 2017 kepada 28.6 peratus tahun ini.

“Sasaran Air Selangor seterusnya adalah menurunkan NRW kepada 25 peratus pada 2025. Bagi merealisasikan sasaran ini, kerja penggantian paip utama dianggarkan melibatkan sepanjang 6,000 km di seluruh Negeri Selangor termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, Air Selangor juga akan membangunkan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang Fasa 2 dan LRA Sungai Rasau bagi meningkatkan margin bekalan air kepada sekurang-kurangnya sebanyak 15 peratus menjelang 2030.


Pengarang :