Selangorkini
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Najmuddin Jemain (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang ketika majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar & Menang Cukai Taksiran MPKj di Dewan Seri Cempaka, Kajang pada 1 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBT SELANGOR

MPKj galak penduduk bayar cukai taksiran ikut tempoh

KAJANG, 1 NOV: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berharap penduduk membuat pembayaran cukai taksiran dalam tempoh ditetapkan.

Yang dipertuanya berkata tindakan pemegang akaun melaksanakan pembayaran mengikut tempoh memudahkan pihaknya menjalankan tugasan diamanahkan.

“Inisiatif cabutan bertuah ini sebahagian daripada kempen menggalakkan penduduk membayar penuh dan lebih awal selain tidak mempunyai tunggakan.

“Pada masa akan datang kita akan perkemas lagi pertandingan bergantung pada sambutan. Namun apa yang penting segala yang MPKj terima kita pulangkan kepada penduduk,” kata Najmuddin Jemain.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MPKj 2021 di Dewan Seri Cempaka Saujana Impian di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 45 pemegang akaun cukai taksiran dipilih sebagai pemenang dalam cabutan bertuah menerusi kempen tersebut yang dilancar pada 1 Januari hingga 28 Februari.

Antara hadiah ditawarkan ialah satu motosikal Yamaha Y15, enam basikal pelbagai jenis, lapan televisyen android, 10 telefon pintar dan 20 barangan elektrik.


Pengarang :