Seorang pemandu lori meninggalkan lorinya yang ditenggelami banjir susulan limpahan air dari Sungai Damansara di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan ketika tinjauan pada 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan berterusan lapan negeri termasuk Selangor tamat

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pagi ini, ditamatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan cuaca di negeri-negeri terlibat dijangka bertambah baik.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Selain Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak, turut dilanda banjir adalah Kuala Lumpur.

– BERNAMA

 


Pengarang :