Kerja-kerja pembersihan sampah dan sisa tinggalan banjir bagi kawasan Kampung Sungai Baru, Kampung Tengah, Kampung Seri Andalas dan Jalan Istiqomah, Puchong pada 28 Disember 2021. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ bersihkan 3,986 tan sampah banjir setakat Isnin

SUBANG, 29 DIS: Sebanyak 3,986 tan sisa sampah dibawa keluar daripada penempatan terjejas banjir di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) setakat Isnin.

Datuk Bandarnya Noraini Roslan berkata pembersihan bersama KDEB Waste Management (KDEBWM) mulai 21 Disember di 12 kawasan melibatkan 1,221 perjalanan.

“MBSJ telah menyelesaikan kutipan sampah pascabanjir di Taman Kinrara, kontraktor KDEBWM akan meneruskan kutipan seperti biasa jika ada penduduk mengeluarkan sampah banjir di lokasi tersebut.

“Bagi lokasi lain, majlis mula membuat pusingan kedua dan akan diteruskan sehingga selesai,” katanya dalam perutusan sempena mesyuarat penuh MBSJ secara hibrid hari ini.

Kawasan terlibat ialah Taman Kinrara, Kampung Tengah A, Kampung Tengah B, Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Kenangan dan Kampung Batu 13.

Selain itu, Kampung Bersatu, Kampung Seri Andalas, Kampung Seri Aman, Kampung Seri Puchong, Kampung Sri Langkas dan Kampung Bukit Lanchong.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180 milimeter, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.


Pengarang :