Sebahagian mangsa-mangsa banjir menerima bantuan makanan ketika ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Telok Gong pada 19 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENSI SELANGOR

Pusat koordinasi sukarelawan negeri ditubuh selaras bantuan banjir

SHAH ALAM, 19 DIS: Selangor mewujudkan pusat koordinasi sukarelawan bagi menyelaras bantuan kepada mangsa banjir kilat di negeri ini.

EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata pusat itu bertempat di Majlis Sukan Negeri Selangor, Kompleks Generasi Muda dan Sukan, Seksyen 7.

“Pusat kordinasi ini menyelaras tenaga kerja sukarelawan yang ingin membantu dalam misi bantuan bencana banjir di semua kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Pertubuhan, persatuan, sukarelawan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu misi bantuan bencana banjir boleh menghubungi talian berikut :

Mohamad Nizam Marjugi
Pengarah MSN Selangor
+60 12 361 8090

Zawahir Wazir
Penolong Pengarah
+60 12 316 2080

Harlisa Rozikin
Penolong Pengarah
+60 12-309 2040

Azri Ramli
Penolong Pengarah
+60 12 695 2050

Hujan lebat luar biasa sejak kelmarin, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

Usaha berkenaan diselaras Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam, berpusat di ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.


Pengarang :