Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari (kanan) menyantuni mangsa banjir sekitar Bukit Changgang dan Bandar Sri Ehsan, Kuala Langat di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Bukit Changgang pada 21 Disember 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tabung khas pemulihan banjir dilancar, MB sumbang sebulan gaji

SHAH ALAM, 21 DIS: Kerajaan Negeri melancarkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit untuk pemulihan kawasan terjejas akibat banjir pada 18 Disember lalu.

Sebagai permulaan, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyumbang sebulan gaji bagi membantu mereka yang terkesan dengan insiden terbabit.

“Memetik kata-kata Winston Churchill, tiada apa yang mampu kami sumbangkan kecuali darah, keringat kerja keras dan air mata. Saya turut mengalu-alukan sumbangan swasta, korporat dan individu,” katanya.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata sebanyak 453 jentera negeri dan persekutuan digerakkan bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Amirudin turut berterima kasih kepada 2,817 petugas hadapan seperti bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang bertugas di lapangan sejak Sabtu.

“Keutamaan Kerajaan Negeri ialah selamatkan nyawa, hulur bantuan di pusat pemindahan dan bersihkan kawasan rumah mangsa supaya mereka boleh balik.

“Kesemua agensi digerakkan secara teratur untuk Selangor bangkit daripada tragedi bencana yang tidak diduga ini,” katanya lagi.


Pengarang :