Warga Indonesia Imam Taufiq mendapatkan suntikan pelalian dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di Dewan Orang Ramai Kampung Selayang Indah, Selayang pada 14 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

2.76 juta remaja lengkap dua dos, dewasa 22.8 juta

KUALA LUMPUR, 12 JAN: Sebanyak 2,768,673 atau 88 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,858,109 atau 90.8 peratus daripada kumpulan yang berusia 12 hingga 17 tahun itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,889,297 individu atau 97.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,172,722 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 27 kes kematian direkodkan semalam, dengan sembilan daripadanya adalah kematian di luar hospital.

-BERNAMA


Pengarang :