Selangorkini
Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bergambar di hadapan kabin mudah alih bersama jawatankuasa penduduk di Taman Permainan USJ 11/4 pada 13 Januari 2022. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Kabin mudah alih mudahkan warga USJ 11 mesyuarat, rancang aktiviti

SUBANG JAYA, 13 JAN: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memperuntuk sejumlah RM19,998 bagi membekalkan kabin mudah alih di Taman Permainan USJ 11/4 di sini.

Projek yang dijalankan selama dua minggu sejak 28 September tahun lalu untuk memenuhi keperluan penduduk sekitar yang aktif menganjurkan program, kata wakil rakyatnya.

“Sebelum Covid-19, komuniti di sini sangat aktif menganjurkan pelbagai program termasuk bermesyuarat di rumah ahli persatuan secara bergilir.

“Justeru, saya berharap apabila adanya tempat khas ini mereka boleh bermesyuarat di sini sahaja dan tidak perlu lagi bersesak di rumah,” kata Michelle Ng Mei Sze di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk USJ 11/4 S Theesan berterima kasih atas usaha wakil rakyat menyediakan kemudahan buat penduduk yang akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Saya juga berharap komuniti setempat dapat menggunakan sebaik mungkin fasiliti di kawasan ini dan tidak membuat kerosakan,” katanya.


Pengarang :