Penganut agama Hindu melakukan upacara keagamaan lebih awal bagi mengelak kesesakan dan sebagai langkah mengawal penularan Covid-19 menjelang sambutan Thaipusam pada Selasa depan ketika tinjauan di Batu Caves pada 11 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Thaipusam: Jalan Bukit Rotan, Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor tutup dua hari

SHAH ALAM, 15 JAN: Dua jalan di Kuala Selangor ditutup dua hari mulai Isnin sempena perarakan sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar Alayam Swamy, Batu 2.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor berkata penutupan itu membabitkan Jalan Bukit Rotan dan Jalan Klang-Teluk Intan menghala ke Tanjong Keramat dengan pihaknya menyediakan laluan alternatif.

“Laluan dari arah Teluk Intan ke Klang ditutup di Kilometer 45.5 dan dilencongkan di lampu isyarat Teluk Piah.

“Manakala, laluan dari arah Klang ke Teluk Intan pula hanya dibuka satu arah iaitu bagi kenderaan dari Klang ke Teluk Intan,” kata Superintendan Ramli Kasa menerusi kenyataan.

Beliau berkata petugas trafik ditempatkan di lokasi selain papan tanda pemberitahuan juga akan diletak bagi melancarkan aliran trafik.

“Semua pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkenaan. Tindakan saman dan tunda akan diambil terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas,” katanya.


Pengarang :