Pemenang menunjukkan cek cura berserta sijil dalam Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor sempena Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 4 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kerajaan Selangor, MBI teroka peluang industri halal di luar negara

SHAH ALAM, 5 MAC: Kerajaan Selangor bersama anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bakal meneroka pasaran industri halal di luar negara.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata Selangor berpotensi untuk meneroka serta mengembangkan produk halal antaranya di Eropah dan Asia Barat.

“Saya baru balik dari United Kingdom untuk melihat dan teroka pasaran Eropah, ternyata peluang serta ruang memang besar untuk industri halal berkembang.

“Kita sedang mencari pemain industri yang berminat untuk sertai serta teroka prospek baharu ini termasuk di Asia Barat seperi Arab Saudi,” berucap dalam Majlis Makan Malam Aspirasi sempena Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) malam tadi.

Program julung kali anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Halal International Selangor (HIS) menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan.

Selhac berlangsung dari Jumaat hingga Ahad mulai jam 10 pagi hingga 9.30 malam di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Sebanyak 100 pempamer daripada 40 syarikat turut serta dalam acara itu terdiri enam kluster iaitu makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal.

 


Pengarang :