Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar selepas menyaksikan MoU antara Lembaga Urus Air Selangor dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Landasan Lumayan Sdn Bhd di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 29 Mac 2022. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

LUAS kerjasama dengan lima agensi, jamin kualiti sumber air kepada pengguna

SHAH ALAM, 29 MAC: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalin kerjasama pintar dengan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan sumber air mentah terawat dan berkualiti dibekalkan di negeri ini, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perjanjian persefahaman (MoU) selama tiga tahun itu melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Alam Sekitar, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta dan Landasan Lumayan Sdn Bhd.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan majlis memeterai MoU berkenaan yang berlangsung di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Kerjasama turut merangkumi aspek pengurusan, pemantauan dan pemuliharaan sumber air, perkongsian data selain menjadi agenda utama Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2022.

Sementara itu Amirudin berkata jalinan MoU itu membantu Kerajaan Negeri menambah baik kawalan sumber air selain memastikan bekalan air mentah berterusan dan berkualiti diagih kepada pengguna.

“Dengan perkongsian semua data,  Luas boleh rancang bagaimana tindakan perlu diambil contohnya rancang pembinaan Sistem Peningkatan Hinrid Pinggir Sungai (Horas) 600 atau perkara lain untuk jamin bekalan konsisten.

“Ini juga jamin kelestarian kehidupan yang mampan dan sumber air dilindungi, bersih, dan selamat untuk digunakan,” katanya.


Pengarang :