Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 di Bangunan Annex pada 14 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Tidak bubar DUN dalam masa terdekat, Selangor terus bertekad penuhi mandat

SHAH ALAM, 16 MAC: Selangor tidak bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pilihan raya umum (PRU) diadakan mengejut dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar berkata keputusan itu dicapai bersama menteri besar dan ketua menteri tiga negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sepakat membubarkan DUN apabila akhir penggal.

“Kita sepakat adalah lebih baik dan berkesan jika pentadbiran ini (Selangor) diselesaikan sampai penggal terakhir, maknanya April atau Mei tahun depan.

“(Pembubaran DUN) itu bukannya pengumuman daripada saya sahaja, (tetapi) juga perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Usaha untuk tidak membubarkan (DUN) adalah atas cadangan (beberapa) menteri besar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di luar persidangan DUN ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Selain memenuhi mandat dan khidmat kepada rakyat, Amirudin berkata PRU tidak wajar diadakan dalam masa terdekat kerana pelbagai perancangan Kerajaan Negeri masih dalam proses pelaksanaan.

“Kita yakin dalam tempoh dua tahun bertarung dengan Covid-19, pertarungan itu menyebabkan beberapa agenda atau usaha bantu rakyat contohnya Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) yang diumumkan menjadi tergendala.

“Malah, program Bingkas (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) juga baru mahu dilancarkan. Jadi, hal ini tidak wajar untuk buat sekarang, mungkin ada pihak tidak sabar untuk PRU dan dapat kuasa,” katanya


Pengarang :