Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura kepada wakil surau sekitar Gombak sempena program Ihya’ Ramadhan di Masjid Al Khairiah, Gombak pada 25 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ramadan: MBI sedia dana RM2 juta agih moreh, santuni masyarakat

KAJANG, 26 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan sejumlah RM2 juta sempena program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu diagih kepada masjid, surau serta pelbagai pihak lain.

“Dalam masa sama Kerajaan Negeri menerusi jabatan agama turut menyumbang wang tunai untuk penyediaan moreh dan program untuk menyantuni masyarakat.

“Pertambahan dana akan dilakukan terutama ketika penghujung puasa kerana mahu pastikan semua golongan dapat menikmati Ramadan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama jawatankuasa Masjid Baiturrahman Alam Sari hari ini.

Semalam Amirudin menyerahkan sumbangan MBI sebanyak RM565,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan.

Setiap masjid menerima dana RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau untuk aktiviti pengimarahan sepanjang bulan suci itu.


Pengarang :