AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan dijangka di Kuala Selangor petang ini

SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di daerah Kuala Selangor sehingga 3 petang ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak membabitkan beberapa kawasan.

Kawasan di Sabah ialah Pedalaman meliputi Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

Manakala Sarawak di Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :