ADN Permatang, Rozana Zainal Abidin (tengah) bersama penerima bantuan kembali ke sekolah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) pada 9 April 2022. Foto Rozana Zainal Abidin.
ADNSELANGOR

50 murid sekolah DUN Permatang terima bantuan Pekawanis

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 50 murid kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang menerima bantuan kembali ke sekolah anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), kelmarin.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata Pekawanis menyediakan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi mengagihkan bantuan sebanyak RM100 bagi setiap murid.

“Pekawanis menawarkan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk disalurkan kepada 50 orang murid sekolah rendah dan mereka menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100.

“Semoga bantuan ini dapat menggembirakan dan memberikan semangat kepada adik-adik untuk kembali ke sekolah,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Yang Dipertua Pekawanis berkata pertubuhan itu memperuntukkan RM235,000 kepada 49 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi program kembali ke sekolah pada tahun ini.

Datin Seri Masdiana Muhammad berkata setiap DUN mengagihkan sumbangan wang tunai RM100 kepada pelajar daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan.

 


Pengarang :