Sebahagian 243 peserta Skim Mesra Usia emas (SMUE) yang menerima baucar Jom Shopping RM100 bagi kawasan Permatang yang disampaikan Rozana Zainal Abidin di Pasaraya Best Fresh Mart Pasir Penambang. Foto Rozana Zainal Abidin
ADNBERITA UTAMASELANGOR

517 warga emas DUN Permatang boleh tebus baucar beli-belah esok, Rabu

SHAH ALAM, 19 APRIL: Wakil rakyat Permatang mengajak 517 penerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) hadir ke Pasaraya Best Fresh Mart Pasir Penambang pada esok dan Rabu.

Rozana Zainal Abidin berkata peserta yang lahir pada bulan ini dan Mei boleh menebus baucar bernilai RM100 itu mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Penerima dinasihatkan untuk terus membeli-belah di pasar raya terbabit bagi memastikan baucar tidak hilang.

“Semoga inisiatif diberikan Kerajaan Negeri ini dapat meringankan beban penerima di samping menceriakan sambutan ulang tahun kelahiran,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar beli-belah dan khairat kematian.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk sebanyak RM27.5 juta bagi kelangsungan program tahun ini.


Pengarang :