Orang ramai memakai pelitup muka ketika bersiar-siar di sekitar pusat beli-belah Pavilion, Bukit Bintang ketika cuti Hari Krismas pada 25 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ahli ekonomi: Individu tidak arif ilmu kewangan disaran rujuk AKPK 

SHAH ALAM, 23 APRIL: Individu yang kurang arif mengenai ilmu kewangan atau mempunyai masalah disaran mendapatkan nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ketua penganalisis ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad berkata AKPK adalah platform terbaik dan agensi tepat berkaitan kewangan.

“AKPK menyediakan perkhidmatan nasihat kewangan peribadi dan agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

“Selain itu, mereka juga boleh berjumpa pihak bank kerana institusi ini mempunyai kakitangan yang ditugaskan untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan,” kata Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata pada program Bual Bicara Aidilfitri 2022: Rakyat Perlu Bijak Berbelanja di Facebook Media Selangor semalam.

Mohd Afzanizam turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan ancaman penipuan dalam talian.

“Ini perlu dijaga sebab kerugian mencecah angka yang besar dan merugikan. Kita perlu sentiasa cakna kerana ancaman siber tidak boleh dielak,” katanya.


Pengarang :