Pengerusi Jawatankuasa Riqab, Tan Sri Dato’ Hashim Meon (dua kiri) menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada pengusaha rumah pemulihan riqab. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Asnaf riqab di Sabak Bernam terima sumbangan Aidilfitri

SHAH ALAM, 18 APRIL: Bahagian Pemulihan Riqab Majlis Agama Islam Selangor (Mais) baru-baru ini mengadakan lawatan ke rumah pemulihan riqab di sekitar Sabak Bernam.

Mais dalam perkongsian di Facebook berkata, lawatan pada 15 April itu bertujuan menyantuni asnaf riqab yang berada di rumah pemulihan riqab.

“Program ini juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada rumah pemulihan riqab yang berdaftar di bawah Mais,” katanya.

Lawatan itu diketuai anggota Mais merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab, Tan Sri Dato’ Hashim Meon.

Antara rumah yang dilawati adalah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Mais, Rumah Penawar Desa Manzil dan Rumah Darul Islah.

Dalam lawatan itu, Mais menyampaikan sumbangan baju raya dan hamper kuih raya kepada pengusaha rumah pemulihan riqab.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha (Operasi) Mais, Nurhani Salwa Jamaluddin dan ahli lembaga pelawat Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang juga Pegawai Tadbir Agama Sabak Bernam, Mohamed Mekkah Baharan@Husin.


Pengarang :