Suasana bazar Ramadan Jalan Kuching yang dipenuhi orang ramai ketika tinjauan pada 4 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian rekod 10,177 kes, 21 kematian

SHAH ALAM, 10 APRIL: Jangkitan harian Covid-19 menurun kepada 10,177 kes semalam berbanding 14,944 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berkata kes serius kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah iaitu 63 kes atau 0.62 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 10,114 kes atau 99.38 peratus.

“Negara merekodkan 153,463 kes aktif dengan 149,994 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 310 kes menjalani kuarantin di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC)

“Sebanyak 2,964 kes pula dimasukkan ke hospital serta 195 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata sebanyak 15,132 kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 4,128,963 kes.

Selain itu 21 kes kematian dilaporkan semalam termasuk sembilan kes kematian di luar  hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,280 kes.

Dr  Noor Hisham turut memaklumkan dua kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif adalah 129.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 5,767 kes (56.67 peratus)
• Kategori 2: 4,347 kes (42.71 peratus)
• Kategori 3: 31 kes (0.30 peratus)
• Kategori 4: 14 kes (0.14 peratus)
• Kategori 5: 18 kes (0.18 peratus)


Pengarang :