Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Empat daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 4 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan empat daerah di negeri ini dijangka mengalami keadaan tersebut iaitu Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Ramalan sama di Pahang melibatkan Bentong, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Sarawak (Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala Sabah pula ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahat Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :