AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Labuan.

Situasi sama diramal Kedah melibatkan Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Kluang, Kulai dan Johor Bahru)

Di Sarawak pula ialah Limbang diikuti Sabah (Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belut) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :