Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian meningkat 14,944 kes, kategori serius kekal rendah

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kes harian Covid-19 meningkat 2,950 kes kepada 14,944 kes semalam berbanding hari sebelumnya namun kes serius kekal rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori 3, 4 dan 5 adalah 66 kes atau 0.44 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 14,978 kes atau 99.56 peratus.

“Ketika ini negara merekodkan 158,439 kes aktif dengan 154,880 daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Sebanyak 3,012 kes dimasukkan ke hospital, 97 kes dirawat di unit rawatan rapi, 109 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 341 kes menjalani kuarantin di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 14,045 kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 4,113,831 kes.

Selain itu  31 kes kematian dilaporkan semalam termasuk enam kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,259 kes.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 9,341 kes (62.51 peratus)
• Kategori 2: 5,537 kes (37.05 peratus)
• Kategori 3: 31 kes (0.20 peratus)
• Kategori 4: 16 kes (0.11 peratus)
• Kategori 5: 19 kes (0.13 peratus)


Pengarang :