EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni bercakap kepada media selepas menyertai Ops pematuhan harga musim perayaan di NSK Trade City BMC Mall Mahkota Cheras, Kajang pada 31 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lebih 300 penguat kuasa KPDNHEP pantau harga ayam di Selangor

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 330 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) giat memantau harga barang dijual di Selangor terutama ayam.

EXCO hal ehwal pengguna berkata pantauan setiap hari sehingga 5 Jun depan dilakukan di pasar basah, kedai runcit dan pasar raya terpilih.

“Pemeriksaan mengikut penentuan harga maksimum ditetapkan dan peniaga wajib mematuhi peruntukan berkenaan.

“Peniaga yang gagal mematuhi ketetapan ini boleh dikenakan tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni kepada SelangorKini.

Beliau berkata setakat ini lima kes melibatkan tiga peniaga dikesan, masing-masing di Klang, Puchong dan Kajang atas kesalahan menjual ayam lebih daripada harga ditetapkan.

“Dua daripada peniaga ini turut disiasat kerana gagal mengemukakan dokumen lesen menjual ayam,” katanya.


Pengarang :