Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf dalam Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan bersama Pimpinan Mahasiswa Negeri Selangor dan Majlis Pelancaran Bandar Ilmu Putra Mahkota di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), Hulu Langat pada 16 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Majlis berbuka puasa bersama MB dekatkan mahasiswa dengan pemimpin

HULU LANGAT, 17 APRIL: Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan bersama wakil mahasiswa universiti dan kolej di Selangor menjadi perantara hubungan rapat pelajar bersama Kerajaan Negeri.

Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) berkata program berbuka puasa itu turut mendedahkan inisiatif dan manfaat diberikan Kerajaan Selangor kepada golongan pelajar.

“Program ini membolehkan wakil pelajar mendengar lebih dekat dan mendapatkan input berguna. Jadi mereka boleh mencorak dan atur langkah sewajarnya.

“Seterusnya mereka dapat menghebahkan  segala inisiatif ini kepada pelajar lain terutama anak jati Selangor,” kata Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berucap di majlis berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hadir ke majlis terbabit dan turut melancarkan Bandar Ilmu Putra Mahkota.

Majlis berkenaan melibatkan 250 wakil pimpinan pelajar 24 institusi pengajian tinggi di Lembah Klang serta Persatuan Mahasiswa Anak Selangor dari Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknikal Melaka.


Pengarang :