Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika meninjau kerosakan bumbung di Blok 48, Flat PKNS di Seksyen 7 pada 14 Mac 2021. Foto Najwan Halimi
AGENDABERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA: Baik pulih bumbung, saliran Blok 48, Flat PKNS siap bulan depan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Kerosakan bumbung dan sistem saliran di Blok 48, Flat PKNS di Seksyen 7 di sini sedang dibaik pulih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan dijangka siap bulan hadapan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik berkata beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan MBSA yang membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Alhamdulillah, setelah lebih dari setahun saya turun meninjau permasalahan bumbung.. dan kemudiannya bawa Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari turun melawat pada 14 Mac 2021, kini kerja-kerja pembaikan telah pun dimulakan oleh pihak MBSA dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak MBSA yang membantu menyelesaikan masalah kerosakan bumbung yang telah sekian lama dihadapi oleh penduduk di Blok 48 ini,” kata Najwan Halimi di Facebook.

Sementara itu berdasarkan perkongsian gambar, status projek pembaikan itu bermula sejak 15 Mac lalu dan dijangka siap pada 9 Mei 2022.

Najwan juga turut berkongsi tangkap layar bertarikh 26 Januari 2021 ketika beliau meninjau kerosakan berkenaan bersama penduduk serta gambar Dato’ Menteri Besar mengadakan tinjauan di lokasi yang sama.


Pengarang :