Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini di beberapa negeri.
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Ribut petir, hujan diramal landa tiga daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Labuan.

Manakala Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim; Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Kawasan di Sarawak pula ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahat Datu), Sandakan (Tongod dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :