Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penjawat awam selepas majlis Rapat Ramadan Dato’ Menteri Besar Bersama Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 8 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor beri pengecualian duti hiburan setahun bagi artis tempatan

SHAH ALAM, 8 APRIL: Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian selama setahun kadar duti hiburan untuk bayaran masuk pertunjukan pentas (bertiket) bagi artis tempatan berkuatkuasa 1 Januari hingga 31 Disember ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu bagaimanapun tidak terpakai untuk artis antarabangsa.

“Kerajaan Negeri juga ingin memaklumkan bahawa buat masa ini tiada sebarang caj duti hiburan dikenakan untuk aktiviti ‘busking’.

“Kadar duti hiburan untuk live band (tidak bertiket) juga turut diberi pengecualian selama setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Rapat Rahmah Ramadan di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu.

Pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) 18 Mac lalu, keputusan sama ada Selangor mengurangkan atau mengecualikan cukai hiburan sepanjang tahun ini akan dimuktamadkan sebelum 1 April.

Amirudin berkata perkara itu perlu dibincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu bagi mendapatkan data dan perincian.


Pengarang :