Pemilik kelab komedi tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum.
AGENDAJENAYAH

Suspek kes cabul di Tamarind Square, Cyberjaya berjaya diberkas

SHAH ALAM, 6 APRIL: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam dua kes cabul di sebuah pusat perniagaan di Cyberjaya berjaya diberkas polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang berkata tangkapan dibuat selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada pengurusan Tamarind Square.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah orang sama terlibat dalam kejadian pertama dan laporan tangkapan suspek sedang dibuat.

“Kita juga akan membuat kawad cam dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” kata Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan kejadian kes cabul pertama berlaku pada jam 2 petang manakala kes kedua 15 minit kemudian.

Dalam kes pertama, mangsa dicabul selepas suspek cuba membantu mangsa memasukkan barang ke dalam kereta dan meramas punggung mangsa sebelum melarikan diri.

Insiden kedua pula suspek menunggu di lif sebelum memeluk mangsa dari belakang dan mencabulnya.


Pengarang :