Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam pada 15 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tol percuma di lebuh raya Plus, LPT sempena hari raya

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerajaan mengumumkan pembayaran tol percuma di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 30 April serta 1, 7 dan 8 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga setuju memberi diskaun tol 30 dan 50 peratus di lebuh raya selain Plus dan LPT pada tarikh sama untuk semua jenis kenderaan.

Jelas beliau, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya dengan jumlah diskaun dinikmati pengguna adalah sebanyak RM77.11 juta.

“Pemberian tol percuma dan diskaun itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April ini (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

“Pemberian tol percuma di Plus dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Berikut info diskaun / tol percuma:

Tol percuma
1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus)
2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH)
4. Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE)
5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
7. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1
8. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2
9. Lebuh Raya KL – Karak (KLK

Diskaun 50 peratus
10. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
11. Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP)
12. Lebuh Raya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
13. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
15. Lebuh Raya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)
16. Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
17. Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Diskaun 30 peratus
18. Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
19. Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
20. Lebuh Raya KL- Kuala Selangor (LATAR)
21. Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
22. Lebuh Raya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )
23. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)
24. Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (JPP2)
25. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
26. Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat (SPRINT)
27. Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
28. Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
29. Lebuh Raya Senai – Desaru (SDE)
30. Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE)

 


Pengarang :