Petugas kesihatan mengekstrak sampel saringan Covid-19 bagi mengesahkan status kes di Institut Penyelidikan Perubatan, Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

1,645 jangkitan baharu Covid-19 semalam, tiga kematian dicatat

SHAH ALAM, 29 MEI: Sebanyak 1,645 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam negara semalam menjadikan keseluruhan kes 4,502,579 setakat ini.

Mengikut data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,809 pesakit sembuh dengan jumlah keseluruhan kes sembuh ialah 4,441,701 kes.

Selain itu, data juga menunjukan dua kes kematian dilaporkan serta satu kes meninggal dunia di luar hospital.

Menurut data itu lagi, daripada 25,218 kes aktif 24,238 kes dikuarantin di rumah, 16 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 930 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 17 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.


Pengarang :