Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam Majlis Iftar Perdana Cabang Gombak di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 17 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin dahului persaingan naib presiden KEADILAN

SHAH ALAM, 30 MEI: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor mendahului persaingan jawatan naib presiden KEADILAN.

Jumlah undian dari seluruh negeri menunjukkan Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Dato’ Menteri Besar mengatasi pencabar terdekat Chang Lih King.

Keputusan tidak rasmi turut menunjukkan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad berada di tempat ketiga tertinggi diikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminudin Harun.

Semalam, Amirudin mengekalkan jawatan ketua cabang Gombak dengan menewaskan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas pengerusi KEADILAN Perak.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan KEADILAN 2022.

Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pula mendahului jawatan timbalan presiden dalam saingan satu lawan satu dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Bagi jawatan ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, EXCO negeri yang juga wakil rakyat Batu Tiga, mendahului dalam persaingan dengan Senator  Fadhlina Sidek.

Wakil rakyat Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli pula mendahalui undian bagi jawatan timbalan ketua Wanita KEADILAN dalam persaingan tiga penjuru. Bagi jawatan naib ketua, S Wesanthee mendahului undian tiga penjuru membabitkan June Low Hsiad Hui dan J. Sangetha.

Pemilihan KEADILAN 2022 juga menunjukkan aktivis mahasiswa Adam Adli mendahuli undian bagi jawatan ketua Angkatan Muda manakala Kamil Munim bagi timbalan ketua.

 

 


Pengarang :