Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Dua daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Langat dan Klang, Selangor; seluruh Melaka; Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kota Tinggi di Johor sehingga jam 1 tengah hari, hari ini.

Kawasan lain adalah Langkawi, Yan dan Kuala Muda, Kedah serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :