EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau melawat kaunter agensi pekerjaan menerusi Program Penempatan Pekerjaan 2022 di Dewan Serbaguna Ayer Panas, Setapak pada 22 Mei 2022. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jelajah kerjaya Selangor di Setapak esok, tawar 3,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 22 MEI: Jelajah JobCare bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur esok.

Program yang menawarkan hampir 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

JobCare adalah usaha Kerajaan Negeri membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat Covid-19 memperoleh pekerjaan.

Pada masa sama, program yang disertai 15 syarikat tempatan pelbagai sektor diharap mampu mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Jelajah kerjaya bermula di Dewan Hamzah, Klang pada 26 Februari lalu akan berakhir di Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam pada 25 Jun depan.

Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

Berikut adalah lokasi penganjuran Jelajah JobCare:

– Dewan Taman Gombak, Gombak (4 Jun)
– Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)
– Dewan Banting Baru, Kuala Langat (18 Jun)
– Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam (25 Jun)

 


Pengarang :