Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad menyantuni tetamu yang hadir dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB anjur jamuan raya skala kecil, rai wakil rakyat dan ketua jabatan

SHAH ALAM, 3 MEI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan jamuan kecil sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya dekat Seksyen 7 di sini hari ini.

Acara bermula 9 pagi itu bagi meraikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), wakil rakyat dan ketua jabatan agensi selepas tidak berpeluang berbuat demikian semalam.

“Majlis ini dirancang pada hari pertama raya tetapi memandangkan Aidilfitri diisytihar sehari lebih awal, jadi kita langsungkan pada pagi 2 Syawal.

“Saya sangat gembira dapat bersama dengan rakan taulan dan sahabat pada pagi berbahagia ini. Terima kasih kepada semua yang hadir,” katanya ketika ditemui.

Orang ramai menikmati hidangan yang disediakan dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Aneka juadah disediakan antaranya ketupat, lemang, sate, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, roti canai dan ais batu campur.

Antara jemputan yang hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Turut kelihatan Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Datuk Mahmud Abbas, Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan Amirul Azizan yang mendedangkan lagu raya bertajuk Salam Aidilfitri atas permintaan Dato’ Menteri Besar.


Pengarang :