Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hadir Majlis Mesra Aidilfitri 2022 dan Rapat Mega #kitasemuakeadilan Aspirasi Kota Raja di Dewan Tulip MBSA Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam pada 16 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB hadir meriahkan rumah terbuka Aidilfitri KEADILAN Kota Raja

SHAH ALAM, 16 MEI: Lebih 500 tetamu hadir memeriahkan Majlis Mesra Aidilfitri 2022 dan Rapat Mega #kitasemuakeadilan Aspirasi Kota Raja di Dewan Tulip MBSA Bukit Naga, Seksyen 32 di sini, setakat tengah hari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor merangkap Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari antara tetamu yang yang tiba sekitar jam 12.10 tengah hari.

Turut hadir bersama Dato’ Menteri Besar adalah Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad, ADN Sentosa Dr G Gunaraj dan ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Rumah terbuka itu bukan sahaja dihadiri orang Islam malah kaum lain turut sama hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Pelbagai jenis juadah raya disediakan antaranya lemang, sate, ketupat, nasi himpit dan ais batu campur kepada pengunjung yang hadir.

Rumah terbuka itu bertujuan menyantuni penduduk sekitar Kota Raja selain memperkenalkan calon bertanding dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Pengarang :