Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama kanak-kanak yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati pada 16 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka negeri di BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi malam ini

SHAH ALAM, 18 MEI: Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor yang menjelajah ke sembilan daerah diadakan di BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

Program mulai 8 hingga 11 malam diserikan dengan acara sumbangan duit raya oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan persembahan seni.

Majlis rumah terbuka negeri diadakan mulai 15 hingga 21 Mei ini bagi meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19

Program tersebut membuka tirai pada Ahad di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor diikuti hari berikutnya di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak, yang dihadiri ribuan pengunjung.

Tarikh dan lokasi majlis tersebut seperti berikut:

1. Hulu Selangor: 15 Mei 2022 (Ahad), 2.30 – 5.30 petang
-Dewan Serbaguna & Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

2. Gombak: 16 Mei 2022 (Isnin), 8 – 11 malam
-Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati

3. Hulu Langat: 17 Mei 2022 (Selasa), 8 – 11 malam
-Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi (berhadapan Tenera Hotel)

4. Sepang: 18 Mei 2022 (Rabu), 8 – 11 malam
-BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

5. Kuala Langat: 19 Mei 2022 (Khamis), 8 – 11 malam
-Pekarangan Stadium Jugra, Banting

6. Kuala Selangor: 20 Mei 2022 (Jumaat), 3 – 6 petang
-Terminal Bas Bandar Melawati

7. Sabak Bernam: 20 Mei 2022 (Jumaat), 4 – 7 petang
-Pekarangan Stadium Sungai Besar

8. Petaling: 21 Mei 2022 (Sabtu), 2.30 – 5.30 petang
-Padang Awam MBSJ, Puchong Indah

9. Klang: 21 Mei 2022 (Sabtu), 8 – 11 malam
-Dataran Kompleks Sukan Pandamaran


Pengarang :