EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud (tengah) meninjau farmasi Jovian Selcare selepas majlis pelancaran Pusat Penjagaan Kesihatan Bersepadu Selgate di Unisel Shah Alam pada 19 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Selgate badan pelaksana pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring

SHAH ALAM, 19 MEI: Selgate Healthcare Sdn Bhd adalah badan pelaksana bagi program Selangor Saring, kata EXCO Kesihatan Awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Selgate mempunyai pengalaman dalam mengendali program seperti itu sebelum ini iaitu Selangor Vaksin (Selvax).

“Selgate adalah pelaksana kepada program di 56 Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada Ahad ini di Ijok,” katanya semalam.

Beliau berkata maklumat lanjut program itu nanti akan dimaklum dari masa ke semasa di media sosial.

Siti Mariah berkata demikian selepas majlis pelancaran pusat penjagaan kesihatan bersepadu Selgate di Universiti Selangor (Unisel) di sini.

Kerajaan Negeri memperuntukkan dana RM3.4 juta bagi melaksanakan Program Selangor Saring, iaitu saringan kesihatan percuma kepada rakyat negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program ini dijangka memberi manfaat kepada 39,000 rakyat Selangor terutama golongan berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga, berat badan berlebihan dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Pengarang :