AGENDANASIONAL

Bicara khas di masjid Kanchong Darat, Kuala Langat Sabtu ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Orang ramai khususnya penduduk Kuala Langat dijemput memeriahkan majlis ilmu Bicara Khayra Ummah di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat, Kuala Langat Sabtu ini.

EXCO Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata bicara khas pada jam 7 malam itu bersempena program Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib Kuala Langat.

“Majlis bakal diserikan dengan ucaptama oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor,” katanya di Facebook.

Bicara bertajuk ‘Memperkasa Ekonomi Manusiawi’ akan disampaikan oleh Zawawi sendiri.

Pelbagai acara disediakan pada karnival yang bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang itu antaranya persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta, menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 


Pengarang :