Orang ramai mengunjungi reruai sempena Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Negeri dan NGO bekerjasama, tingkat jumlah peniaga miliki sijil halal

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Kerajaan Negeri sedia menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan jumlah peniaga muslim memiliki sijil halal.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata setakat ini terdapat lebih 4,000 pemegang sijil halal di Selangor manakala 2,000 permohonan sedang diproses.

“Justeru, kita alu-alukan jika terdapat NGO mahu bersama-sama Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan-usahawan di luar sana mendapatkan sijil halal.

“Kita minta NGO ini mendapat maklumat yang tepat supaya boleh menjadi fasilitator kepada pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses pendaftaran sijil halal,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum ‘Perkongsian Dasar Pengguna dan Industri Halal Selangor’ di Pavilion Selangor menerusi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berharap usahawan yang menjalankan peniagaan di rumah bertemu pihak berkaitan seperti jabatan agama Islam bagi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sijil halal.

“Kebanyakkan usahawan halal ini buat di rumah. Jika di rumah atau tanah pertanian akan ada beberapa masalah seperti ‘zoning’ dan pra syarat.

“Jadi saya harap ia diselesaikan secara komprehensif dengan pihak dan agensi berkaitan,” katanya.

Pada 30 Mei, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor memaklumkan pihak dalam proses merangka program memudahkan usahawan memperoleh sijil halal.

Pengerusinya Mohd Yahya Mat Sahri berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat rungutan daripada orang ramai khususunya peniaga.

 


Pengarang :