Pempamer melayan pengunjung pada Selangor International Expo (SIE) Supermarket Buyers Program di Lulu Hypermarket Setia City Mall, Shah Alam pada 31 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Invest Selangor bawa produk usahawan ke ST Rosyam Mart

SHAH ALAM, 1 JUN: Program Jualan Pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) Makanan dan Minuman (F&B) anjuran Invest Selangor kini berlangsung di Lulu Hypermarket in Setia City Mall  dan ST Rosyam Mart Seksyen 9 di sini.

Program dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2022 itu berlangsung selama 10 hari sehingga 5 Jun depan.

Menerusi program itu terdapat 15 kiosk menjual pelbagai produk antaranya bahan masakan kisar seperti cili dan bawang, sambal hijau dan teh herba daun kelapa sawit.

Turut serta dalam program tersebut ialah chef terkenal Chef Jo yang menawarkan produk sejuk beku seperti ketupat palas, pulut lepa dan aneka biskut.

Orang ramai dipelawa ke ST Rosyam Mart untuk mendapatkan pelbagai produk yang akan dijual di SIBS 2022 pada harga istimewa.

SIBS 2022 menawarkan 850 tapak pameran sepanjang program yang berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain SIE F&B, SIBS turut menampilkan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) dan Ekspo Taman Perindustrian Selangor.


Pengarang :