AGENSISELANGOR

LZS buka permohonan bantuan pengajian kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf

SHAH ALAM, 29 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menerusi Facebook, agensi itu memaklumkan tawaran terbuka kepada golongan asnaf fakir, miskin, mualaf yang berdaftar.

Bantuan meliputi yuran pengajian, wang saku, penginapan, elaun buku dan bantuan persediaan masuk institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Permohonan boleh dibuat di https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

LZS turut mengingatkan pemohon menyemak terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.


Pengarang :