AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pertandingan e-sukan Mobile Legends di jelajah bantuan rakyat Ahad ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Pertandingan e-sukan `Mobile Legend Bang Bang’ akan diadakan pada Ahad ini, sempena program Jelajah Selangor Penyayang 2022.

Kejohanan julung kali anjuran Penggerak Belia Selangor (PeBS) itu berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang di Padang MPAJ Taman Kosas, Ampang.

Pendaftaran dibuka percuma kepada semua individu sehingga esok menerusi pautan tinyurl.com/JISP22MLBB atau hubungi talian 018-2094517 untuk sebarang pertanyaan.

Pelbagai aktiviti menarik lain disediakan khusus untuk Jelajah Selangor Penyayang 2022 dari jam 8 pagi hingga 6 petang antaranya gerai jualan, kendera saji dan pameran.

Jelajah tersebut yang membuka tirai di daerah berkenaan bertujuan mempromosi pelbagai inisiatif kebajikan rakyat dengan penyertaan 23 anak syarikat Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan Iltizam Selangor Penyayang membabitkan peruntukan RM350 juta ini menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Jelajah itu turut dijadual diadakan di Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak.

 


Pengarang :