Orang ramai membeli barangan keperluan asas menerusi program Jualan Prihatin Rakyat anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Taman Jenaris, Kajang pada 17 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPS giat laksana projek tanaman kontan, elak depani krisis makanan

SHAH ALAM, 13 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berusaha memaksimumkan penggunaan tanah pertanian bagi tanaman kontan sebagai persediaan jangka panjang mendepani krisis makanan.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya turut menggalakkan penglibatan masyarakat bagi menjayakan usaha berkenaan supaya tidak terkesan dengan kenaikan harga sayuran pada masa akan datang.

“Kita rangka strategi tujuh tahun untuk hadapi tujuh tahun yang lebih kritikal. Kita cuba maksimumKAN penggunaan tanah, kemudian galak rakyat bersama-sama menanam tanaman kontan di tanah kosong.

“Sekurang-kurangnya jika timbul lagi isu harga sayur naik, kita tidak perlu bergantung (bahan import),” kata Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dalam siaran langsung bersama Astro Awani hari ini.

Beliau menambah pihaknya juga akan memperluas ladang ayam selain bekerjasama dengan penternak untuk mengeluarkan benih bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.

“Itu juga merupakan satu rantaian supaya kita tidak terlampau bergantung (bekalan import). Kita tahu sekarang stok semasa terbesar untuk bijirin ayam dari United Kingdom, tiada di Malaysia.

“Kita juga akan mempergiat kajian dan penyelidikan untuk keluarkan stok makanan ternakan dan tanaman kontan yang lebih murah supaya tidak terbeban dengan harga sekarang,” katanya lagi.


Pengarang :