Mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di dewan serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 23 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Ratusan mangsa bah layak terima RM1,000 belum tuntut bantuan

SHAH ALAM, 20 JUN: Mangsa banjir  di kawasan Kota Kemuning yang belum menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) diminta hadir ke Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang bagi menuntut bantuan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) V Ganabatirau berkata setakat ini terdapat ratusan mangsa yang masih belum menuntut bantuan RM1,000 meskipun mereka layak menerima manfaat tersebut.

“Terdapat ratusan mangsa banjir belum menerima BSB, bukan tidak diproses tetapi mereka tidak datang ambil bantuan. Selain itu, ada juga yang tidak dapat hubungi selain ada dapat dihubungi tetapi mereka tidak datang.

“Jadi saya minta mereka yang dapat BSB untuk datang ke pejabat tanah dan daerah bagi mengambil bantuan yang disediakan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 7 Mei, Dato’ Menteri Besar memaklumkan seramai 121,987 keluarga mangsa banjir pada Disember tahun lalu menerima BSB berjumlah RM1,000.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agihan melibatkan belanja lebih RM122 juta termasuk waris korban bertujuan meringankan beban mangsa.


Pengarang :