Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei (tiga, kanan) di kawasan gelanggang di taman permainan Jalan 21/20, Petaling Jaya yang telah siap dinaik taraf pada 23 Julai 2022. FOTO LIM YI WEI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN Kampung Tunku peruntuk hampir RM30,000 naik taraf gelanggang sukan

SHAH ALAM, 25 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku memperuntukan RM29,800 bagi menaik taraf gelanggang sukan di taman permainan Jalan 21/20 di Petaling Jaya.

Lim Yi Wei berkata kerja tersebut bermula sejak 13 Jun lalu dan siap pada Sabtu lalu iaitu dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

“Sebanyak RM29,800 telah dibelanjakan daripada peruntukan ADN bagi menyiapkan gel|anggang ini.

“Ini adalah kerja naik taraf kedua di kawasan ini selepas kerja yang sama melibatkan gelanggang futsal kini diguna sebaik mungkin kanak-kanak dari Flat Sri Aman,” katanya menerusi Facebook.

Yi Wei juga memaklumkan pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meletakkan papan tanda larangan dan penghadang besi bagi mengelak kenderaan memasuki kawasan berkenaan.

“Kepada mereka bermotosikal dan ingin berehat di taman ini kami minta jangan menunggang kenderaan di kawasan gelanggang. Ini bagi mengelak permukaannya rosak,” katanya.


Pengarang :