Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar tidak sekongkol dengan perasuah untuk jadi PM

SHAH ALAM, 16 JULAI: Datuk Seri Anwar menolak tawaran menjadi perdana menteri pada 2020 kerana tidak mahu bersekongkol dengan perasuah.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata beliau memperoleh sokongan majoriti daripada ahli Parlimen Umno menerusi akuan bersumpah (SD).

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak selepas diminta memberi jaminan untuk menutup kes mahkamah membabitkan dua pemimpin Umno demi mempertahankan prinsip perjuangannya.

“Tak mungkin saya buat macam tu. Saya jawab terima kasih dan kita hadapi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ada orang kata ‘sudahlah, Anwar gagal’. Dengar sini, (jika) nak saya berjaya dengan menjilat perasuah, pilih presiden lain,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di sini, hari ini.

Berlangsung selama tiga hari, kongres bertema ‘Menjulang Keadilan’ yang membuka tirainya semalam menerima kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.


Pengarang :