AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 kembali lepasi 3,000 kes, terakhir direkod 13 Mei

SHAH ALAM, 7 JULAI : Jangkitan harian Covid-19 negara kembali melebihi 3,000 kes apabila sebanyak 3,561 kes direkod setakat semalam.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 3,552 penularan tempatan dan bakinya sembilan kes import sekali gus menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,582,302 kes.

Kes terus menunjukkan peningkatan berbanding kelmarin dengan 2,932 kes serta Isnin, 1,918 kes.

Kali terakhir negara merekodkan jangkitan lebih 3,000 iaitu 3,092 kes pada 13 Mei lalu.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil ringan jangkitan terhadap wabak Covid-19 memandangkan dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 pantas merebak.

“Selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia juga mengalami peningkatan kes. Ramai orang di sekeliling kita yang tidak dijangkiti sepanjang dua tahun lalu kini sudah dijangkiti,” tulisnya di Twitter semalam.


Pengarang :